Untuk mengatur hidup supaya berjalan dengan wajar dan teratur.
Menjaga agama
Untuk menjaga agama mesti diadakan pemerintahan yang teratur.
Dilarang murtad.
Menjaga Akal
Menjaga akal supaya jangan rusak. untuk menjaga akal, diperintah
kan belajar dan menambah ilmu pengetahuan, dilarang keras minum
minuman dan memekan makanan yang dapat merusakan akal.
Menjaga Jiwa
Menjaga jiwa supaya jangan binasa menurut yang tidak wajar. Dijaga
hak hidup seseorang. Terlarang membunuh manusia atau membunuh
diri sendiri, kecuali menurut peraturan yang telah ditentukan, seumpa-
ma jiwa dibayar jiwa.
Menjaga Harta Benda
Dijaga harta benda, diakui hak milik.dianjurkan berniaga, berusaha,
bertani dan sebagainya pekerjaan yang halal. Dilarang mencuri.
menipu harta orang, merompak,rasuah dan sebagainya.
Menjaga Keturunan
Disuruh bernikah kawin, dibenci melakukan talak kalau tidak terpaksa
sangat. Dilarang berzina dan segala hubungan kelamin diluar nikah.
Sebab Tuhan telah menyatakan bahawa manusia itu adalah makhluk
ALLAH yang termulia dan bersopan santun, mempunyai akhlak yang
tinggi. Sebab itu hendaklah seseorang manusia menghargai dirinya
sendiri,sebab ALLAH telah menghargainya. Manusia baru mempunyai
kebanggan diri dari sebab keturunannya.
Ayat 21 Surah Ar-Rum yang bermaksud,
''Dan setengah daripada tanda-tanda kebesaranNya bahawa Dia ciptakan
untuk kamu darimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu
kepadanya. Dan Dia jadikan diantara kamu cinta dan kasih sayang.
sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir.''
No comments:
Post a Comment