Selamat Datang ke Blog RASMI Western_Corner

Banyakkan Bersabar

| 0 comments |


Hadith :
Daripada Anas r.a. katanya, “ Aku berjalan bersama- sama Rasulullah s.a.w.
Baginda memakai selendang kasar tepinya buatan Najran. Baginda bertemu
dengan seorang Arab badwi lalu direntapnya selendang baginda dengan
rentapan yang kasar sehingga aku melihat kesan di tengkuk baginda
akibat rentapan yang kasar itu. Kemudian orang arab itu berkata:
“Wahai Muhammad perintahkanlah supaya diberikan kepadaku daripada
harta Allah apa yang ada pada kamu,” Maka rasulullah s.a.w
berpaling kepadanya sambil ketawa. Kemudian baginda memerintahkan
supaya diberikan sedekah kepadanya”.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
1.Rasulullah s.a.w adalah seorang yang pemaaf dan tidak suka membalas
dendam serta tidak mudah marah.
2.Umat Islam hendaklah mencontohi sifat-sifat mulia tersebut kerana sifat-
sifat ini mempunyai nilai-nilai kebaikan yang amat tinggi yang akan
menimbulkan kesedaran kepada orang lain yang menerimanya.
3.Islam menggalakkan umatnya supaya bertindak dengan cara yang
bijaksana apabila berhadapan dengan golongan yang jahil dan
hendaklah menunjukkan sikap yang lemah lembut agar dapat menarik hati
mereka kepada Islam.
Bersabar Dalam Berdoa
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa
memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi
(perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama
tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda
ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab
baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah
berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.
Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
Huraian
Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara
kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya.
Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa
Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya.
Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin
Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa
kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan
yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat
nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan
zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya
Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi
uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau,
ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan
permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama
Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali
kecewa dalam berdoa.

LEER MÁS...