Selamat Datang ke Blog RASMI Western_Corner

Renungan!!!

| |

MENCARI REDHA ALLAH
Redha dari ALLAH itulah yang paling besar. Usaha dan amal tulus ikhlas
yang kita usahakan selama hidup didunia ini, adalah bedasar ibadat
kepada ALLAH dan kasih sayan kepada sesama manusia, tidaklah hilang
percuma saja disisi ALLAH, bahkan disambut dengan baik dan akan di-
beri hadiah atau cenderamata yang mengejutkan tetapi menggembirakan
dan membahagiakan.
Ayat 19 Surah As-Sajadah yang bermaksud,
Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang
tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.
Rezeki yang ALLAH anugerahkan pada mereka, akan mereka berikan pada
orang lain sebagai tolong menolong (menafkahkan sebahagian dari rezeki
mereka). Cinta kasih sayang sesama manusia, kerana imanlah tidak disertai
oleh benci, bahkan menimbulkan cinta, kerana orang yang beriman tidak
mungkin bakhil.sebab dia tahu bahawa rezeki yang didapati adalah pem-
berian dari ALLAH.

No comments: