Selamat Datang ke Blog RASMI Western_Corner

Kisah isi ati dr luqman

| |

Dimulakan dengan lafaz بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pada 14mac 2009,ana telah pergi ke Penang untuk menghadiri Program Produce Gen-3.
Team KL akan bertolak menaiki bas dari puduraya hingga ke Sg.Nibong.Tiket bas pukul 11.00 malam.Kepala pening,sakit sangat,sebab kena hujan petang tadi dekat muzium negara.Tapi,lepas sampai pudu,lagi ramai orang dekat sini.



Menuju ke penang.:D




Kami sampai di stesyen bas Sg.Nibong kira-kira pukul 3.30AM bersama-sama team selangor yang kebetulan sama bas.Penatnya,dah la mamai time tu.Kami terus pergi makan sebab perut masing-masing dah lapar.Masa di Sg.Nibong,team KL akan ada orang yang jemput,katanya mak cik Latifah aka Kak Lat.Ketika kami sampai tu,surau tutup lagi,bila subuh baru bukak,terpaksa la kerusi kat situ dijadikan katil.hehe



Ketika sedang tunggu di surau,team-team lain dah sampai.Antaranya Johor,Negeri9 dan Pahang.Tunggu dieorang solat dan makan dulu,kami lak tolong jaga beg dieorang.
KAMI;-
-HidayatKL
-SulaimKL
-MuqsitSGOR
-YasserKL
-LuqmanKL
Rupa-rupanya kami akan menaiki bas yang sama menuju ke Balik Pulau dengan group lain,ingatkan mak cik Latifah jemput,sekali dia suruh kami naik bas jugak.
Haduyaii.Takpe-takpe.Pulau Pinang.Aku datang menjelajahmu!!



Untuk ke Masjid Al-Mukhtar,Balik Pulau,Pulau Pinang,kami ingat kami akan ke sana dengan menaiki bus rapid penang.Tapi sebaliknya.em.Pastu kebanyakan team negeri lain ada di sini.Banat juga turut tidak ketinggalan.



Masjid Al-Mukhtar,Balik Pulau.



Semasa dalam perjalanan menuju ke masjid al-mukhtar,kami melalui jalan raya yang bengkang-bengkok.Dah la jalan kat area bukit.Takut jugak.Pengalaman yang best ialah menaiki bas buruk.Yela,rapid tak lalu pulak.Bas ni la yang jadi mangsa.hehe.Ramai jugak kawan lama yang tak datang.Mungkin takde rezeki kot.Apa-apa pun.Welcome to Excell,Penang!!



Lepas je daftar,acara seterusnya ialah acara perasmian program excell serta kata-kata aluan menyambut kami semua.Lepas je acara perasmian,Terus main ice breaking.Dah la main tengah-tengah panas.Aiyooo.Banin kena buat gaya haiwan untuk mencari group.Pastu kena hafal nama penuh group dan tarikh lahir.Ni je yang ana ingat.hehe
-Yasser Zulkifli-25/2
-Syaber Qushairi-19/6
-tak ingat dah.hehe



Pastu ada ceramah tentang Kemahiran Belajar 1-Teori.Tentang study skill.Memang standard-lah.InsyaAllah ada ilmu baru.

Kemudian solat zuhur dan makan tengahari.

*************************************************************************************



2.15PM
Acara sekarang ialah Kemahiran Belajar 2-Praktikal oleh Dr Aidiahmad daripada USM.Masa makan tengahari tadi,kawan abang akub pun ada rupanya,dia fasi dan pelajar USM.Ambil kos robotik.Dia ada tanya cita-cita,tapi tak tahu nak cakap,ana cam terkedu.Dulu nak jadi lawyer,tapi,takut,takut?takut?Allah yang tentukan,ana hanya berusaha.Perancangan 5 tahun.Betul ke kahwin?Wallahualam,jika itu yang ditetapkan,cuma ana hanya mahu fokus pada SPM.Ya Tuhan,Ampuni kami..Ya Allah..Ampuni kami..

-Tingkatkan keyakinan diri.
Allah memuliakan kita.
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُم‌ۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
KAMU(WAHAI UMAT MUHAMMAD) ADALAH SEBAIK-BAIK UMAT YANG DILAHIRKAN BAGI (FAEDAH) UMAT MANUSIA, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
(Al-Imran 3:110)

FAHAM;-
-Fokus dalam kelas
-Latih tubi
-Bercerita ketika mnghafal sesuatu
-Melakar

-Bila stop study,rehat 10-15min,jalan-jalan dan lakukan physical exercise.
-Bila mata penat,pandang benda yang jauh dan berwarna kehijauan.

4.15PM
-Kena buat peta minda,tapi ada yang buat lawak je dengan mind map ni.




ni M***** punye.hehe~



ni lak S***** punya.hehe~

5.ooPM

Riadah/explorace.Tak ley share gambar pun sebab hp kena bagi kat fasi.huhu~
Tapi agak menarik game nya dan penuh dengan pengisian.Tak catat la pengisiannya.Maaf.

*************************************************************************************



Selesai mandi,makan,solat maghrib dan isyak.Acara diteruskan dengan Talk Show yang bertajuk CEMERLANG AKADEMIK DAN CEMERLANG DAKWAH.Agak menarik talk show ni walaupun mengantuk jugak.hehe.Perkongsian tentang pengalaman seorang kakak ketika dia di Jepun untuk berdakwah sekaligus meyambung pelajaran di sana.Semasa acara ini dijalankan,sesi bersoal jawab dibuka dan Muqsit mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan soalan.Muqsit bertanya mengapakah badan-badan dakwah di Malaysia tidak disatukan di bawah satu pucuk pimpinan.Tapi panel juri memutar-belitkan jawapannya atas alasan ada special branches di belakang.Dia kata benda ni ada kena-mengena dengan politik.Tapi bagi ana tak pun.Langsung tak.Kemudian abang sorang lagi menambah bahawa badan-badan dakwah di Malaysia ini pasti akan bersatu juga satu hari nanti kerana kita berada di bawah kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADURRASULULLAH.Tapi abang itu seolah-olah menyokong badan-badan dakwah berpecah.

Lepas habis talk show ni kami terus tidur.huhui.Penat yang amat.huhu.Baru hari pertama ni.hehe:)insyaAllah hari kedua menyusul.

No comments: